Monday, March 28, 2011

MATAHARI




Tahukah anda….
-Matahari adalah objek angkasa terbesar di dalam Sistem Suria ini.
-mengandungi gas-gas yang panas dan bercahaya.
-Setiap saat, berlaku letupan di permukaannya, seolah-olah matahari itu sendiri adalah sebutir bom nuklear gergasi.
-seperti bola api yang mengeluarkan kepanasan dan cahaya daripada permukaannya.
Pernah kamu mencuba untuk melihat matahari pada hari cerah. Apakah yang berlaku?Tahukah kamu silauannya  sangat bahaya kepada mata kita? Begitu juga kulit kamu jika terlalu lama ia terdedah kepada cahaya matahari mungkin akan terbakar. 
Manakala di kawasan kutub, kepanasan daripada matahari paling kurang diterima, menyebabkan Negara tersebut sentiasa diseliputi ais. Sebaliknya, di khatulistiwa, kawasan paling banyak menerima cahaya matahari, sentiasa panas.


 Jika matahari sedikit hampir kepada kita, semua yang berada di Bumi akan layu dan kering oleh kepanasan dan bertukar menjadi abu. Bagaimanapun, jika ia sedikit terlebih jauh, semuanya akan beku. Sudah tentu hidupan tidak akan wujud di dalam kedua-dua keadaan ini.

Friday, March 25, 2011

SISTEM SURIA



Sekarang jom kita tengok apa yang ada dalam Sistem Suria kita. Di dalam Sistem Suria kita, terdapat sembilan planet utama dengan 61 satelit dan sejumlah asteroid, semuanya mengelilingi sebutir bintang yang dinamakan "matahari". Matahari terletak di tengah Sistem Suria.
Sembilan planet-planet ini, yang menjadi sebahagian daripada Sistem Suria kita, berputar sendiri sebagaimana ia beredar mengelilingi matahari dalam bentuk yang tersusun. Mari kita sebutkan nama-nama planet ini: Utarid, Zuharah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun dan Pluto.
Setiap planet di dalam Sistem Suria ini mempunyai ciri-ciri berbeza. Suhu di sesetengah planet ini cukup panas untuk mencairkan timah. Sementara yang lain pula, diseliputi salji. Sebahagian planet terdiri daripada gas-gas keseluruhannya. Sesetengahnya pula terlalu kecil seperti bulan.

Tuesday, March 15, 2011

BINTANG-BINTANG

- terbentuk melalui pemampatan jirim-jirim gas dan debu di angkasa.
- bintang memberikan kepanasan, cahaya dan tenaga.
- mempunyai jangka hayat.
- bintang gergasi selalunya mati di dalam letupan besar.
-jirim-jirim yang membentuknya akan berselerakan ke serata arah.
- Matahari dan planet-planet di dalam Sistem Suria dan Bumi kita telah terbentuk berikutan letupan sebutir bintang gergasi pada masa silam.




Thursday, March 10, 2011

BIMASAKTI

Sekarang mari kita belajar tentang Bimasakti. Bimasakti adalah nama bagi galaksi di mana terletaknya Bumi kita. Galaksi Bimasakti amat besar. Seperti galaksi-galaksi besar yang lain, Bimasakti juga mempunyai pusat galaksi. Sudah tentu kamu masih ingat apa itu pusat galaksi kerana kita baru sahaja membincangkannya di bahagian lepas. Bintang-bintang di dalam pusat-pusat ini adalah bintang-bintang tua; mereka berwarna merah atau kuning. Bintang-bintang pada galaksi ini selalunya bintang biru yang muda dan panas.
Bimasakti berbentuk pusar. Sebenarnya bentuk galaksi ini adalah seperti "roda pin".
Sistem Suria kita terletak sedikit agak jauh daripada pusat galaksi ini. Matahari dan sistem Suria kita mengelilingi pusat galaksi ini, dan menyempurnakan satu putaran setiap 220 juta tahun atau lebih.


Bimasakti ini telah mengekalkan bentuk dan pergerakannya selama berbilion-bilion tahun. Walaupun bintang-bintang di dalamnya beredar dengan kelajuan yang hebat, mereka memelihara laluan mereka sendiri.


 

Saturday, March 5, 2011

GALAKSI-GALAKSI

Galaksi adalah gabungan berbilion bintang. Terdapat tiga bilion bintang di dalam galaksi terbesar. Di dalam galaksi bersaiz sederhana, terdapat kira-kira 200 ke 300 bilion bintang, sementara terdapat sekitar 100 bilion bintang di dalam galaksi kecil.


Allah, Pencipta alam ini, telah menjadikan angkasa tidak terbatas yang tidak dapat kamu bayangkan, dan Dia mengawal setiap titik cakerawala yang besar ini setiap masa. Allah mengetahui dan melihat setiap hidupan di dalam cakerawala yang besar ini, dan segala apa yang berlaku. Kuasa tidak terbatas Allah ini diceritakan di dalam Al-Quran seperti berikut:
… dan Ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di Bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap- tiap sesuatu. (Surah Ali 'Imran:29)
Tahukah kamu..di dalam galaksi-galaksi bersaiz sederhana atau besar, terdapat satu pusat galaksi. Sekeliling pusat galaksi ini adalah bintang-bintang, gas dan awan-awan debu yang berputar pada kelajuan yang besar.
Kelompok-kelompok galaksi ini  membentuk kelompok-kelompok objek angkasa yang lain. Terdapat beratus-ratus galaksi di dalam satu kelompok galaksi. Tambahan pula, kelompok-kelompok galaksi ini membentuk kelompok-kelompok objek angkasa lain. Kelompok galaksi ini makin membesar dan terus membesar.

                       

Tuesday, March 1, 2011

ALAM SEMESTA

Hai kawan-kawan.. dalam bab ini, kita akan bercakap dengan panjang lebar tentang planet-planet dan objek-objek yang terdapat di alam semesta ini. Matahari, bulan dan Bumi adalah di antara yang paling kita kenali. Tetapi, sebenarnya terdapat objek-objek angkasa lain di cakerawala ini yang kamu tidak dapat lihat.
Planet kita Bumi adalah sangat kecil jika dibandingkan dengan objek-objek angkasa lain. Tetapi, ia cukup besar untuk menampung manusia, haiwan, gunung-ganang, lautan dan apa sahaja yang kamu dapat fikirkan.
Sekarang jom kita masuki himpunan gergasi sistem bintang ini, iaitu galaksi-galaksi yang menghimpunkan berbilion-bilion bintang.